Sunday, May 14, 2017

Miss D Come back (part 1)

Hari ni rasa terpanggil untuk menulis. ya! setelah sekian lam tinggalkan dunia penulisan ni. Tipu la kalau cakap tak rindu kan. Sebab dengan menulis la buat dayah lagi tenang. siyes!


fuhhh! bila dah lama tak menulis ni lain macam sikid dia punya feel tu. Semua benda nak ditulis dan semua benda nak di kompail kan dalam satu cita. whats dats crazi kan? hahaha


well! its me! ok dayah akan cuba rungkaikan satu per satu. (as wel ai can laa kann)


Sepanjang tiga tahun ya tinggalkan dunia penulisan ni. bermacam bagai yang dilalui. bukan sebab dah ada pengisi hati tapi sebab banyak kehidupan dayah dah berubah. ala ala transformasi transformer giteww.


dalam banyak benda yang dilalui sepanjang tiga tahun ni. ada beberapa mumen penting yang buad memori melekat sepanjang masa. 


first. dayah tamat belajar. yaAllah betapa hepi nya masa last peper hari tu. malam sebelum exam tu memang nak tak nak dah studi pasalnya taksabar sangat nak tunggu hari esok. ala ala pembebasan dari medan perang la kata kan. tiktok tiktok. sampai la masa yang dinanti. oke tamat untuk last peper dan untuk ijazah dayah. fuhhhh lega yang amat! rasa nak sujud syukur dekat ctu jugak tau! tapi kan masa keluar dewan ni dayah sempat gak la toleh kiri kanan tengok kegembiraan kengkawan sempena hari pembebasan kami tu. semua bertepuk tangan dan gumbiranyaa. dalam hati, yaAllah adakah kegembiraan aku ini berkekalan? apa yang harus aku tempuhi nanti? masih adakah sahabat2 sejati seperti sahabat yang sedia ada? masih wujudkah manusia yang baik hati diluar sana? apakah nasib aku dekat luar sana?.. aku terduduk. tiba2 aku sedih memikirkan apa yg bakal jadi pada kehidupan aku.


tamatnya belajar aku dengan riang hati pulang ke kampung. balik bermanja dengan umi abah. selang dua minggu aku pergi ke kl. sebab aku rasa mula tidak selamat dengan kehidupan aku. macam hilang arah tuju. aku terlalu bimbang dengan masa depanku. tidak pernah putus aku berdoa supaya aku dapat pekerjaan yg tetap sepertimana diingini oleh semua freshie mcam aku ni.


alhamdulilah Allah maha mendengar. doa aku dikabulkan. aku dapat pekerjaan pertamaku. dengan semangat yang ada dalam diri ni. aku bekerja sungguh2 nak balas jasa umi abah. Hanya Allah je yang tahu betapa aku bersyukurnya mendapat peluang kerja tatkala ekonomi tidak berapa stabil. aku sempat menangis ditepi jalan lagi syukurnya sebab diberi peluang sebegini. 


ok la weh dayah mengantuk dah. nanti kita sambung. panjang lagi ni haa. first part pun tak habis lagi. ada masa nanti sambung lagi ya.


thanks kepada yang sudi membaca


yang benar,

sicantik suka menulis 😫

Friday, February 13, 2015

Kesayanganku HAZIQ IRFAN

Assalamualaikum
Hai my sweet stalker. Hehe. Ok entri utk hari dayah nk cite pasal anak buah kesayangan dayah ni iaitu HAZIQ IRFAN atau nama manjanya "ABE"

Selain dri buah hati mama and ayah, abe jugak jadi buah hati kami sekeluarga. Buah hati nenek, atuk, mak ngah and paksu. Hihi.

Semalam 13feb2015 maka genaplah 1 tahun 6bulan umur kesayangan dayah ni. Hehe.

Orangnya cerdik, kuat makan and kuat merajuk. Hehe. Senyuman menggoda dan kaki bodek. Haha.

Abe ni merupakan satu2nya anak buah dayah. Yela akak yg lain tak kawin lagi. Dia jela jantung hati kami sekeluarga.

Monday, December 15, 2014

Rindu Cinta 100%


hai semua!!
dah lama ye tak update blog ni
bersawang dah blog ni yer
hahahaha

lately dayah busy sikit dengan final year project
maklumlah dah final year ni
hikhik tiba2 gedik pulaks! haha
yela sedar tak sedar dah nak habis yer dayah belajar ni
cepat betul masa berlalu
umur pun dah bertingket2 jugak
hahaha

misi lepas habis belajar nak kerja and cepat2 kawin!
hahahahaha thats so gedik!
yela bila dah umur macam ni
pusing kiri orang tu bawak anak
pusing kanan, orang tu naik pelamin
my turn? oh my! when??

but its ok la semua tu dah ditetapkan pun
kita hanya mampu merancang je
kan kan kan?

ok sementara nak mencari mood untuk buat FYP
dayah ade la belek2 gambar2 lama dalam pc ni
ha tudiaaaa
jumpa pulak gambar dia
hish2 dugaan betul bila dah cinta jarak jauh ni
rindu jangan cakap la
hari2 teringat kat dia
maybe sebab dia dah sebati dengan life kita kot
pape hal mesti dia akan ada
tapi sekarang?
i'm alone :(

sedih tu perkara biasa tapi dayah kena teruskan hidup dan terus bersemangat nak habiskan study
and dont forget about my mission!
hahahahaha *gedik*

bila dk jauh ni fon jela teman setia dayah
hari2 mesti akan ade update dari dia
dia hilang sekejap pn sibuk nak cari
ye la i tahan rindu okay??

bila on call dengan dia, kami selalu sembang pasal kawin
haa nampak tak misi dah nak tercapai tinggal masalah $ je lagi
hahahahaha
dayah tahu dia pun tak sabar jugak sebenarnya
control macho je tu cakap tak kisah
hahaha
dah la dia dapat housemate yang dah kawin
lagi la dia teringin nak kawin tu
kan kan kan? 

ok la korang semua
dah penat membebel kat sini
membuatkan rasa nak kawin sekarang je! haha
sampai sini jela entry untuk kali ni
jumpa lagi untuk entry yang akan datang

bubye korang!

salam sayang; Miss D ;)

Wednesday, October 1, 2014

Happy Anniversary (imbas balik kenangan dulu) part 1


hai semua!
my sweet stalker :P
 hari ni excited nak update blog!!
nak tahu kenape?
sebab hari ni anniversary kita!
genap 2years kita dengan dia!
OMG mcm tak percaya je kan
rasa mcm baru je kenal dia
tak sangka dalam diam dah 2 tahun kami bersama
thanks ALLAH sebab mempertemukan kami dan kekalkanlah kami hingga ke jannah
amin
1 oct 2012

aku mengenalinya melalui Facebook
walaupun belajar kat sama tempat
tapi kami tak pernah kenal or nak bertegur sapa
hari tu tak tahu mcam mana dia boleh add aku
then tanpa usul periksa, aku terus accept!
and aku tak tahu kenape aku rajin sangat nak say thanks kat wall dia
beberapa minit kemudian
penuh notification aku
check and check
geng2 dia semua like and comment
and aku pulak jenis mesra alam
berbalas comment dengan kawan2 dia
walaupun dia tak masuk line pun
aku dengan kawan2 dia je
mase tu terlalu laju kawan2 dia comment sampai aku dengan dia xboleh nak masuk line pun
last2 dia hantar chat kat aku
dia cakap takyah layan la kawan2 dia mengarut kt comment tu
aku cakap la aku tak kisah pun
lagipun kawan2 dia tu kelakar.. hahaha
chat punya chat sampai kami biarkan kawan2 dia terus comment kt post aku tu
aku pulak sibuk chat dengan dia
hahaha kelakar pulak bila fikir balik
tapi tak lama pun kami chat sebab dia ada kelas lepas tu
dia mintak no fon aku untuk sambung chat kt henpon pulak
aku ni teragak-agak nak bagi
yela aku tak kenal pun dia
fikir punya fikir
aku suruh dia tinggalkan no fon dia
nanti aku dah ready aku mesej
lama jugak la aku nak mesej tu
lepas dapat no dia aku terus save
tapi tak berani nak send mesej.. hihi
dah taip panjang2 then delete balik
banyak kali la buat mcm tu
last2 aku mesej jugak dia
dia pulak dengan selamba nya reply macam dah tahu aku yang mesej dia
padahal aku tak tulis nama pun
hahaha nampak tak sweetnya aku.. haha

2 Oct 2012

hari first aku jumpa dia
gila tak berdebar??
masa tu aku rasa macam bukan jantung lagi berdebar semua benda!
kami berjumpa ditemani oleh kawan baik aku and kawan baik dia
masa dia tak sampai lagi aku ok je
bila dia sampai
yaALLAH hanya tuhan je tahu masa tu
kalau dia pasan aku minum air tangan mengeletar
aku pun tak faham kenapa
yela masa tu aku bukannya sape2 pun pada dia
buat ape aku nak berdebar pulak kan?
tapi kes ni memang pelik
aku pegang garfu n sudu pun mengigil
badan memang rasa mcam nak demam dah
cakap pun tak berapa jelas
tapi aku buat relax je
nak cover gelabah aku tu
kalau tak cover silap2 dapat malu free2 je kat situ
dah la kawan2 aku ada skali
oh ya paling tak boleh lupa bila aku ajar dia buat free call
masa tu dia tengah bz dengan business dia
so nk jimat, aku bagi cadangan suruh dia buat free call
aku pun tolong dia buat kan
then nak test tu
boleh pulak dia sms aku
aku dah kat depan mata dia dah tu
dia sms ape? eh mna boleh bagitahu
aku masih simpan lagi msej tu
tapi skang xboleh tengok balik dah sebab adik aku dah amik fon tu
sedih la jugak sebab semua kenangan aku ngan dia ada dalam tu

sejak dari tu kami mula rapat
bergayut n sms tak kira masa
berhenti bila mata pejam je
kalau tak memang dkt fon je keja hari2
pg petang siang malam itu je kerja kami
ada masa lapang kami jumpa
masa mula2 malu2 nak keluar bersama
mesti kena berteman
dia pun sama
hahaha
bila dah lama baru ada perasaan berani sikit
aku ingat lagi dia beria sruh aku join bbq anjuran anak kelate
yela dia kan organizer
memang suruh support la kan dia punya program
aku ni jenis malas nk pergi
sebab aku tak kenal sape2 pun kat sana
kecuali budak2 kelas aku
tu je
memang masa tu dia sungguh suruh aku pergi
siap nak datang amik tau
hahaha
last2 aku pergi jugak
sebabnya nak teman member aku
and pada masa yang sama aku pun teringin jugak nak jumpa dia
hahaha cuma dia je tak pernah tahu
hihii
last minute punya keputusan
aku pergi
sukanya la hai dia
aku tak tahu nak cite mcm mne

sepanjang program berjalan
aku dgn dia still mesej2
sebab masing2 segan dan malu
sebab tak ade sape lagi yang tahu pasal kami
hahaha kelakarnya rasa
aku dengan malu2 comey nye
dia pulak cover macho nya
hahaha gelak sorang2 bila ingat balik kenangan dulu kala
masa kat bbq dia mainkan gitar untuk aku
aku tahu niat dia pegang gitar tu
tp aku buat tak tahu je
sebenarnya hati nak sgt tgk dia main gitar
terharu weh bila ade guy yang mainkan gitar utk kita
sweet sangat2
oh ya masa nak balik
aku nak pinjam dia punye hard disk
cepat2 dia lari2 takot kena kerjakan dek kawan dia
lepas bagi hard disk aku terus balik
mesej2 kejap then dia bgtahu dah kena campak kat pantai
hahahaha gelak2 aku baca text tu
kelakar!

okay la you all sampai sini jela dulu kisah kami
kalau nak cerita utk 1 entry mmg pnjang la
dan amik masa yang tersangat lama
sebab nak tulis semua memori aku dgn dia tu
terlalu banyak kenangan manis aku dengan dia
seriously aku bahagia dengan dia
sepanjang perkenalan kami
tak pernah sekali pun kami berperang
macam tak percaya pun ada
mungkin ini jodoh terakhir aku
dan aku berharap sangat biarlah hubungan ini berkekalan hingga ke jannah
amin
ILOVEYOU my sayang
and always LOVEYOU

Friday, July 11, 2014

dugaan itu memberi nikmat


hai semua readers!
dah lama ye dayah tak hapdate blog ni
dah bersawang dah blog ni
eh tapi!
walaupun bersawang i tetap sayang okay!
hari ni nak cite ape ye??


oh ye kita dah start berpuasa la sekarang ni
untuk hari ni dah masuk hari ke 13 semua umat islam menjalani ibadah puasa
dan jugak........ hari ke13 dayah berpuasa waktu praktikal atau senang cerita kerja!!
hohoho dugaan bertubi-tubi datang sejak ramadhan ni
tapi takpe, bak kata berita harian untuk isu semalam 

"dugaan itu memberi nikmat"

haaa gitu
so berpandukan kata2 itu, dayah kembali dengan diri yang dulu
cuba sedaya upaya untuk mempositifkan diri 
lagipun bulan puasa ni orang berebut nak buat pahala
bukan dosa okeyh??
dan insyaALLAH dayah akan olwez be positive!!


dan 


pengalaman berpuasa kat tempat orang sangat menguji kekuatan diri sebenarnya
hari2 berbuka dengan makanan beli je
dulu berbuka dengan masakan umi
tapi takpe, praktikal dah nak habis!
horeyyyyyyyyyy!!
jap lagi boleh balik and rest sepuasnya!
alamakkk report xsiap lagik!
sebut pasal praktikal ni, macam2 yang dayah lalui
kadang2 terdiam dengan dugaan yang datang bertubi-tubi
dalam kes ni dayah nak cakap kuatnya sense seorang ibu
dan2 je bila dayah tengah sedih, hampa, kecewa dan semua benda tu
umi mesti call dan masa tu dayah rasa sangat lega
walaupun umi duk jauh tapi tetap dapat gembirakan dayah
thanks umi for everything you have done!
love you so much umi 

ok lah stalker semua! hahaha 
sampai sini je entry untuk hari ni
salam ramadhan kalian semua
hiasi peribadi dengan amalan yang mulia
jom tambahkan pahala dibulan balik ini
ok assalamualaikum semua :)

Saturday, May 24, 2014

Because you are my everything



hye you all!
lately i busy sikit dengan practical training
and my own business
thats why this blog so silent! hahaha
omaigod!
but its okay!
never mind

mesti korang ingat kita dah gila ye sebab melalut cakap omputih hari ni

hahahahhaa whatever! do i care?
sebenarnya kita update blog ni sebab kita rindu dia sangat2
kita ade banyak benda nak cakap dengan dia
tapi...
since duk jauh dari dia
dah takde orang nak dengar kita cakap
bila dah banyak cerita terpendam
kita rasa macam beban pulak
sebab kita ni xbiasa duk diam
kita suka sangat bercakap
kita pun tak tahu kenapa
korang semua jangan la pelik pulak
kita memang macam ni 
hurm bila jumpa dia pulak
kita dah tak tahu nak cerita apa 
sebab dah banyak cerita yang pending
sorry sangat awk
kalau boleh kita nak spend time lame lagi dengan awk
kita rindu awk
rindu sangat2
memang la muka kita biasa je
tapi kan hati kita tak boleh tipu lagi
kita rindu awk
sangat sangat rindu
kita tak dapat bayangkan bila awk takde dalam hidup kita
awk tahu tak, sejak dari hari kita terima awk
sejak tu lah kita percayakan awk
you are my life and my everything
awk lah insan yang boleh menerima kita seadanya
awk lah insan yang sanggup berhujan dan berpanas untuk kita
awk la insan yang sanggup korbankan masa tidur awk untuk kita
awk lah insan yang sanggup korbankan masa belajar awk untuk kita
awk lah insan yang sanggup buat ape je demi kita
awk lah insan yang sanggup berjalan bersama kita waktu susah senang kita
awk lah insan yang rela bersusah demi kita
mengenali awk adalah saat terindah dalam hidup kita
awk tahu tak, kita sebenarnya kagum dapat someone special like you
sebab sikap awk tak semua lelaki ada
orang selalu cakap yang kita ni sedang mabuk cinta
tapi orang semua tak tahu apa yang kita dua lalui
orang tak pernah tahu pengorbanan awk untuk kita
orang hanya tahu apa yang kita ada

thank you so much awk sebab sudi jadi sebahagian dari hidup saya
and thank you for everything! i will always love you
dengan kasih sayang yang ada inshaALLAH our love till jannah
love you so much sayang





Tuesday, April 8, 2014

HADIAH MISTERI UNTUK DIMENANGI!!


hai2 semua!
sebenarnya takde apa yang nak share pun
actually dayah ada janji something dengan silent reader semua kan ?
betol tak?
malu la tu nak mengaku.. hihi takpe faham :P

okay sebenarnya bukan taknak tunaikan janji tapi buat masa sekarang dayah bizi sikit loo
(buat muncung panjang) hahaha
tapi takpe, dayah akan tunaikan jugak
tungguuuuuuuuuuu!!

okay for now dayah nak promote sikit la dayah punye bisnes
tak la besar sangat pun
boleh la nk bagi GA kat awak semua tu
(alamaks! ter-poyo pulak) 
maaf maaf!

okay kalau korang semua nak cari baju yang cantik, gojes semua tu
korang boleh la like page dayah 
kat 


dan juga korang boleh lah visit IG dayah

namanya apa??

namanya adalahhhhh

jeng jeng!! hee

MISSDARYARHDRESS

and kalau korang nak dapat murah lagi,
ajak kawan2 korang semua suruh dorang follow IG dayah dan jugak like page dayah
korang boleh ajak seberapa ramai yang mungkin kawan korang tu
tapi sekurang-kurangnya 10orang
siapa yang ajak paling ramai kawan,
ada hadiah misteri untuk korang semua!!!

ehhh japp
tak habis lagi,, dah lepas ajak tu, jangan la buat2 lupa nak bagitahu pulak
kang tak dapat hadiah misteri tu,, hihi

okay
bila korang dah berjaya ajak kawan korang berbuat demikian
korang pm page dayah tu 
and then korang mesti cakap 
''okay done"

dan korang just tunggu reply dari dayah! 

okay korang selamat maju jaya!!
k wasalam :)

Tuesday, March 25, 2014

Coming soon GIVEAWAY!


hye warga blogger sekalian!!
dah lama dayah menghilang yer and now im coming!
genap setahun dayah tak berblog
bukan lupa tapi sibuk dengan tugas yang tak kan pernah habis
fyi, sekarang ni dayah tengah berhoney mood a.k.a praktikal!!
pada mulanya sangat excited nak praktikal nih
tapi bila dah lama-lama mula lah timbul rasa bosan la malas la macam macam
itulah manusia kan? 
tapi tak boleh nak salahkan sesiapa ni semua kehendak kita dan kita memilihnya
ye kan? hehe pandai2 je dayah ni yer
urm sebenarnyakan dayah rindu kat blog sebab tu update :)
tapi kan dayah rasa nak buat giveaway,,
agak-agak korang dapat sambutan ke tak ye?? 
maklum la blog dayah ni tak la famous sangat
ada ke viewer? 
entah2 syok sendiri jer 

tapi apa apa pun dayah rasa nak buat jugak! maybe dalam minggu ni dayah akan buat
so wait yaa!
jom layan lagu ni dulu 


lagu sangat menusuk kalbu
lagu ni banyak beri dayah pengajaran
dan juga kata-katanya buat semangat nak tempuh dugaan hidup
jom la layan sama sama tak rugi pun :)

okay lah korang,, sampai sini dulu entry untuk episod ni
kalau korang setuju nak dayah buat giveaway,, jangan malu nak komen :)

k salam sayang korang semua!

Saturday, March 16, 2013

hari bertuah ataupun malang?


hye uolzz!!
dah lama rupanya aku tak update blog ni,, hehe bkn busy tp malas
awal2 sem ni banyak pulak yang perlu setup
assignment pun macam tsunami dtg
haa sebab tu la blog aku jadi macam ni
kesian kn? ade sape2 nak bantu aku tak? hahaha
*grau jer*
dah abis yang tu skang ni kita move kepada topik asal 
"hari bertuah ataupun malang?"
hari ni aku rasa sangat bertuah sebab kebenaran yang aku tunggu2 selama ni
terbukti dan sahih lagi
alhamdulilLAH aku berjaya keluar dari jerat si penipu itu
kuasa ALLAH s.w.t memang ajaib kn?
tak perlu nak buat pape untuk tahu sape btol and then sape salah
yang malangnya pulak
dah lebih 2 tahun aku diperbodohkan
terasa amat bodoh bila kena tipu hidup2
rupanya dalam aku tak sedar benda yang paling aku tak suka dah terjadi pada aku
oh god!! kenapa la ada lagi manusia berhati macam ni?
nak jadi best player pun agak2 la bro
skang ni dunia dah canggih
perempuan dah boleh takluk dunia
jangan ingat perempuan hanya mampu duduk dibawah tempurung je
hukum karma tetap ada
just wait and see
and one more thing you should know,
jangan pernah nak bermimpi nak dapatkan pasangan yang baik
kalau kita sendiri pun tak pernah berbuat demikian
uuhhh abes part 1
now aku nak pesan kepada lelaki2 diluar sana
tolong, tolong, dan tolong jangan buat kaum hawa menangis lagi
permainan anda akan terbongkar jua
okay dah abis part 2
now aku nak story pasal hati aku pulak
*wah2 gediknya*
hujung minggu yang membosankan
aku cuba untuk menyiapkan assignment
tapi aku tak terdaya
coz otak aku bercelaru
aku buntu sangat2 dgn apa yang terjadi
dan apalah agaknya yang akan jadi lagi
dah tak de idea nk buat assignment
aku online je sepanjang hari
apa aku dapat??
haa hari ni aku baru kenal siapa dia yang aku tertanya2 selama ni
uhh luruh jantung aku bila tengok wall tadi
aku tak faham kenapa hati aku mesti cemburu dengan ni semua
hakikatnya aku dah dapat apa yang aku nak
dia pun teramat baik untuk aku
cukup la dia sahaja yang bertakhta dihati ku
sesungguhnya aku tak ingin yang lain lagi
biarpun berjuta pilihan
aku akan tetap pilih dia
tapi, tapi, tapi
aku tak tahu kenapa aku mesti cemburu dengan apa yang dia miliki dulu
sedangkan aku pun sama je dengan dia
uhh sangat tak faham dengan hati ni
wahai cik hati, tolong buang jauh2 dari perasaan cemburu itu
aku tak sanggup lagi membiarkan orang yang aku sayang hilang dari hidup aku
tuhan tolonglah 
jangan kau ambil orang yang aku sayang, sesungguhnya aku sangat memerlukan
mereka seperti mana aku perlukanmu

okay tamat sudah untuk entry ni.. ni semua luahan hati semata2 tak ade kaitan dgn mana2 pihak :)

wsalam terima kasih ALLAH

Sunday, March 3, 2013

kau semangatku!


hye2 semua! setelah berabad lamanya blog ni terbiar
hehe kesian..
ok now aku rasa mcm nak update je
tp tak de idea la nk update ape ni
hurmmmm
atau mungkin aku akn update psl ape yg aku lalui skang?
*hehe tetiba nk wt suspen pulak*
sbnrnya kn, aku sedih dgn life aku skang
aku rasa mcm dipergunakan pun ade
rasa dipinggirkan pun ade
dan rasa dipermainkan pun ade
tah la ape rasa lagi yang patut aku rasa pun aku tak tahu
bila aku sendrian je
airmata ni mula la nk singgah pipi aku yang gebu ni
lagu muhasabah cinta buat aku jd kuat balik
aku tak tahu nape
mungkin ade something wrong kot kt lagu ni
*haha pandai2 je eh nk slhkan lagu*
seriously aku bingung!
tak tahu nk buat ape lagi
aku cuma diam
dan terus mendiam
mungkin ade hikmah disebalik ni semua
tuhan maha adil
yes 100% aku percaya
dalam setiap sujud aku memohon petunjuk dari NYA
kekuatan yang ade ni adalah pemberianNYA yg sgt berharga
untuk ku..


ha ni lirik lagu nya.. sma2 kita nyanyi dan hayatinya taww!

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku iniBerat ujian dariMuKupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadarIndah nikmat sehat ituTak pandai aku bersyukurKini kuharapkan cintaMu
Reff. :Kata-kata cinta terucap indahMengalun berzikir di kidung doakuSakit yang kurasa biar jadi penawar dosakuButir-butir cinta air matakuTeringat semua yang Kau beri untukkuAmpuni khilaf dan salah selama iniYa ilahi....Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan akuLindungiku dari putus asaJika ku harus matiPertemukan aku denganMu
Back to Reff.



Saturday, January 12, 2013

CONTEST BLOG PALING CANTIK 2013


 

Hye2 kalian semua! selamat petang
baru balik dari jalan2, aku terus on blog!
*maklumlah aku skang ni gila kan blog.. hehe*
and then aku sempat terjah ke blog Sahizatul Sahimi
dia join  contest ni





mcm menarik je.. aku pun join gk laa! hehe
walaupun blog aku ni x de la comey sgt
tapi tak salah kalau kita mencuba kan?
korang ape tunggu lagi
jom join!!!!!
klik SINI taww ;)


xoxo D

Tuesday, January 8, 2013

we are getting back together


 morning semua ;)
okay buat hari ni aku migrain lagi
stress tak dapat jawab paper MIS
dan membuatkan aku lagi stress 
bila tak dapat tidur
even dari awal lagi aku standby untuk tidur 
mata ni tetap tak nak tidur!
uhhhhhh damn!
kalau dah baring2 lama sangat atas katil, 
bosan gak kan?
aku terus mencapai laptop and blogging!
itu lebih baik dari aku buat benda yang paling aku tak suka!
anyway! dah alang2 tak dapat tidur ni
aku tengok movie and then aku tengok la pic yg
melambak kat my lappy ni
tiba-tiba....
pipi aku basah lagi!
oh no! 
hati aku sangat terhiris bila melihat keadaan sekelilingku 
dah jadi tunggang langgang
sorang kehulu dan sorang lagi kehilir

ahh what this??
seriously aku tak paham apa yang dorang semua buat?
bila ditanya si A, 
si A tunggu si B mengalah
and bila tanya si B, 
si B tunggu si A mengalah
erhhhh! apa yang dorang buat ni?
permainan apakah itu?
aku sangat2 tak paham and maybe tak kan paham
why semua orang anggap dirinya betul?
why? why? why?
arghhhhh im really disappointed with them!
heyyy you! please! nobody is perfect okay!
korang paham tak apa itu best friend?
grrrrrrrr *nada marah2 comel*
best friend ialah :- 


so tak menjadi kesalahan jika salah sorang atau korang semua bermaafan
buang yang keruh, ambil yang jernih
its simple right?
kenapa dulu boleh je hidup sekali
susah senang bersama
saling bertukar pendapat
belajar bersama
keluar bersama
and everything bersama!
so dari situ tak kan tak ada langsung ikatan kasih sayang
dan persahabatan antara korang?
korang please laa
jangan fikir kita je yang nak menang
cuba berfikir jauh sikit
tak kira la siapa salah or siapa betul
yang penting ikhlaskan hati untuk memaafkan
orang yang pemaaf di pandang mulia
tak guna korang semua berbuat baik 
sedangkan silaturahim antara korang pun terjejas
yes aku tau dats normal things kalau ada perselisihan paham 
antara sahabat
lagi kan lidah boleh tergigit
inikan pula  ikatan persahabatan
ingat la kawan2, kita hidup merantau
jauh dari keluarga
so kita dah tak ada sesiapa lagi
sahabat la tempat kita menumpang kasih sayang
dan berkongsi suka duka bersama
aku sekadar nak mengingatkan sahaja
korang semua dah besar
pandai2 la korang pilih jalan korang
tp aku harap sangat2
agar frenship yang dibina tak kan terlerai sampai bila2
insyaALLAH
dan aku sedar aku pun tidak lah sempurna untuk menasihati
korang yang serba serbi lebih
aku cuma menunaikan tanggungjawab aku sebagai umat islam
niat aku hanya ingin menegur
so that korang fikir la sendiri
asal korang tahu
aku sangat merindui zaman persahabatan kita dulu
zaman kita bergosip dulu
ingat tak? hihi
ingat tak kita bersusah senang sekali bersama?
aku mungkin jarang bersama korang
tapi korang yang tinggal satu rumah
lagi la banyak benda yang best2 korang penah buat bertiga dulu
kan?

okay la korang, aku rasa sampai sini jela entri aku untuk kali ni
penat dah membebel sorang2 kat sini
hikhik
hope akan ada good news dari korang semua
sorry aku tak bermaksud untuk mengaibkan sesiapa
aku cuma membantu korang untuk pulihkan keadaan
tu je :)
if korang tak suka, okay ;)
tak perlu lah aku nak mention nama korang semua
siapa makan cili dia terasa pedas ;)
ahakz! bye2 korang
wassalam 
xoxo D

  

Monday, January 7, 2013

Tanda-tanda dia jodoh kita



hye semua.. ahakz hari tergedik sikit nak update entry yang agak gedik ;)
ni semua kesan stress final
nak me-release tension-kan sedikit
boleh kan? hikhik *gelak comel*

 ok firstly aku jumpa kat blog lagenda budak macho  :-

8 Tanda Dia Adalah Jodoh Kamu!



Tanda 1

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Tanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Tanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagiaan kamu…

Tanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Tanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Tanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Tanda 7

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Tanda 8

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
dan menurut islam pulak aku jumpa kt blog myhazman

JODOH DARI ALLAH


iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.
Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a:

Do'a Mencari Jodoh
Jika anda mengalami keadaan putus cinta, Insya Allah amalkan Do'a kedua ini:

Do'a Putus Cinta
selain tu jugak aku jumpa dekat blog brother love ;-

10 petanda menunjukkan dia adalah jodoh kita


 

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang atau selesa bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?




okay la awak2 semua,, ni jela untuk enrti ni.. sharing is caring kan? hehe 
xoxo D