hye semua.. ahakz hari tergedik sikit nak update entry yang agak gedik ;)
ni semua kesan stress final
nak me-release tension-kan sedikit
boleh kan? hikhik *gelak comel*
ok firstly aku jumpa kat blog lagenda budak macho :-
8 Tanda Dia Adalah Jodoh Kamu!
Tanda 1
Rahsia
sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah
dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling
membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu
berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama.
Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan
orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya,
selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup
kamu!
Salah
satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh
kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu.
Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya?
Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat?
Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Tanda 3
Adanya
deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan
bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi
serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat!
Sebenarnya dialah destini kebahagiaan kamu…
Tanda 4
Bersamanya
dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan
tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa
membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan
saling terikat.
Tanda 5
Dia
selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat
memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka
saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama
yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu
faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika
ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…
Tanda 6
Dia
tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli
dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak
malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti
dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
Tanda 7
Setiap
orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya
pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun,
misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi
selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang
kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan
untuk bersama!
Tanda 8
Bila
merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan
sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi
menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti
pasangan sejati telah kamu temukan!
dan menurut islam pulak aku jumpa kt blog myhazman
JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai
panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh
menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh
berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia
maupun akhirat.
Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a:
Do'a Mencari Jodoh
Jika anda mengalami keadaan putus cinta, Insya Allah amalkan Do'a kedua ini:
Do'a Putus Cinta
selain tu jugak aku jumpa dekat blog brother love ;-
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?
okay la awak2 semua,, ni jela untuk enrti ni.. sharing is caring kan? hehe
xoxo D
No comments:
Post a Comment